Tuesday, July 12, 2011

ade gk modalkn heheee..moh tgk..

hehe...jeng..jeng..aku lg skali mengupdate blog yg cumel ala2 perasan ni ...ekceli xde idea gk ni..aku dlm kebosanan yg teramat sgt..nantok usah dikenang la kn..huhu..mate ni kecikkkkk je ngadap skrin nenok fb ni ...huhu terpndg lak APPS zodiak kt fb..huhu...kilk2 je lah..haaaa...bc la hasilnye..aku nye zodiak sagittarius dow..meh bc kt bwh...sgt kembang idung aku bile bc..tp th la betol ke idak.




Bintang kelahiran Puteri Potpet adalah Sagittarius : 

Sagittarius agak memilih pekerjaan. Anda seorang pemikir yang mempunyai impian yang "besar". Anda mengkehendaki wang, nama, glamour, prestij dan pengiktirafan masyarakat. Namun, kerjaya yang sesuai bagi Sagittarius ialah tugas dan tanggungjawab yang melibatkan perkhidmatan amali kepada orang lain seperti jururawat, doktor, agen pelancongan, pegawai kewangan atau pegawai di syarikat menjual ubat-ubatan.

Di tempat kerja, anda sememangnya rajin, tekun, suka menolong rakan sekerja dan suka memuji kawan dan ketua. Dengan mempunyai kerjaya yang sesuai, anda biasanya mudah mendapatkan wang. Tetapi, anda tidak mengutamakan wang begitu banyak, lantaran sikap kesederhanaan yang terdapat dalam diri anda.

Apabila menghadapi masalah kewangan, anda biasanya mudah mendapat bantuan dari keluarga atau perniagaan keluarga. Ini berlaku demikian kerana sememangnya sifat anda sentiasa mementingkan kawan, sehingga apabila diri anda berada dalam kesempitan ada sahaja kawan yang menghulurkan bantuan nasihat atau kebendaan.


picture credited to William Ho 


hehe..copy by cik pink :P 


ha yg ni lak warna mengikut tarikh lahir aku..ewwwwww..ta suka ok kaler krim..aku nk pink gk !! meh bc..

aloo..ingtkn pink :(

Puteri Potpet, warna yang mewakili hari lahir anda adalahKrim.
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!


hehe ok yg atas tu aku punye..ha meh bc mr bebi aku punye lak MOHD FIRDAUS ROSLAN <3



 


Bintang kelahiran Puteri Potpet adalah Gemini :

Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Dengan kemahiran ini, anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik. Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan, pendidikan, perjualan dan kewartawanan.

Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini, terkenal sebagai penyajak, pelukis, pemuzik dan ahli sufi. Sehingga kini, pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain.

Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan. Gemini gemar membuat perbincangan atau "tawar-menawar" dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara. Oleh sebab itu, sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.

Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah, kekadang anda sangat ceria dengan wang, tetapi pada ketika yang lain, anda seolah-olah tidak mempedulikan wang! Pada keseluruhannya, matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.


picture credited to William Ho 

ARGHHHH..apps untuk warna xdpt nk msukn akakak...ade mslh yg x dpt nk dielak..hehe

No comments:

Post a Comment

da baca tu komen jap...